July 1, 2022

Malaysia news kini

Malaysia news kini

Tetak Kawan Sekampung, Polis Buru Suspek Larikan Diri  | Sabah News

Suspek, Ramlie Awang…

KOTA MARUDU, SABAH – Polis daerah ini sedang aktif memburu seorang suspek lelaki yang menetak seorang lagi menggunakan parang sehingga mengalami tengorak retak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, kedua-dua lelaki terlibat menyimpan dendam sejak menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Kampung Ranau sini.

Menurutnya, mangsa yang ditetak mengaku telah dipukul oleh suspek pada majlis itu tujuh tahun yang lalu.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang sedang makan di sebuah restoran di Langkon Commercial Centre sini terlihat suspek pada kira-kira pukul 6.30 petang…

“Mangsa bertindak menemui suspek berumur 35 tahun sebelum bertindak menolak dagunya,” katanya.

Insiden itu mencetus pergaduhan dan suspek kemudiannya mengambil sebilah parang di dalam keretanya dan terus mengejar mangsa.

“Sebaik sampai di hadapan sebuah hotel, suspek bertindak menetak kepala mangsa menggunakan parang,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Zairolnizal berkata, sepupu mangsa yang turut berada di lokasi kejadian membantu meleraikan pergelutan dan berjaya merampas parang daripada tangan suspek.

Katanya, suspek terus melarikan diri menggunakan kereta jenis Proton Saga yang dikenal pasti menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Suspek, Ramlie Awang, membesar di kampung sama bersama mangsa di Kampung Labuan, Kota Belud. Beliau dipercayai telah melarikan diri dari Kota Marudu susulan kejadian.

Walaubagaimanapun, mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan masih mendapatkan rawatan lanjut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan…

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek terbabit supaya menyalurkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.