July 1, 2022

Malaysia news kini

Malaysia news kini

KETUA MENTERI MENYAKSIKAN PENYERAHAN LORI UNIT KAUNTER BERGERAK ZAKAT DAN SKUAD BANTUAN MUIS PRIHATIN | Sabah News

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor diiringi meninjau lori Skuad Bantuan MUIS Prihatin…

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyerahan lori untuk unit Kaunter Bergerak Zakat dan Skuad Bantuan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Prihatin di perkarangan Masjid Bandaraya Likas, hari ini.

Penyerahan itu dilakukan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif kepada Timbalan Yang Dipertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad.

Hajiji yakin dengan adanya unit kaunter bergerak zakat dan lori Skuad Bantuan MUIS Prihatin akan membantu mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS.

Masing-masing 1 unit kaunter bergerak Zakat dan sebuah lori Skuad Bantuan akan ditempatkan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau…

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan simbolik penyerahan kunci untuk unit Kaunter Bergerak Zakat dan Skuad Bantuan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Prihatin oleh Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif kepada Ustaz Haji Malai Ali Haji Malai Ahmad di perkarangan Masjid Bandaraya Likas, hari ini…

Dengan adanya Kaunter Bergerak (mobile counter) Zakat akan memudahkan Skuad Dakwah Zakat menyebarluaskan informasi berkenaan zakat kepada masyarakat Islam, selain memastikan kelancaran kempen-kempen penghayatan ibadah zakat di seluruh Sabah dan mempelbagaikannya seperti mengadakan kaunter terbuka, Hari Bertemu Pelanggan dan pameran di seluruh daerah.

Sementara itu, lori Skuad Bantuan MUIS Prihatin pula akan berperanan memudah dan mempercepatkan penghantaran sumbangan dan santunan bantuan seperti bakul makanan kepada asnaf yang berhak.

Dengan adanya lori ini, akan memberi impak kepada kecekapan dan keberkesanan pengurusan agihan bantuan zakat yang sekaligus meningkatkan kekesanan kepada kecekapan dan keberkesanan pengurusan zakat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif dan tetamu lain menunjukkan tanda bagus semasa meninjau Kaunter Bergerak Zakat…

Ini juga dapat menjimatkan kos penghantaran bantuan pek-pek bakul makanan untuk disalurkan kepada asnaf yang berhak di setiap daerah.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Encik Ramlan Awang Ali.