July 1, 2022

Malaysia news kini

Malaysia news kini

Raya Terakhir Bagi Seorang Remaja | Sabah News

SIPITANG, SABAH – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menyambut hari raya yang terakhir bersama keluarganya semalam sebelum lemas dalam sungai di Kampung Banting sini.

Hari meriah bertukar tragis pada kira-kira 12 tengah hari apabila mangsa yang tidak dinamakan itu tegelincir ketika menyeberangi jambatan pada sungai terbabit.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mayat mangsa dilaporkan telah dijumpai oleh ahli keluarganya sendiri disekitar lokasi beliau terjatuh pada jam 1.21 tengah hari.

“Pasukan EMRS yang tiba di lokasi bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan…

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis dan dihantar ke Hospital untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 2.03 petang.