
KOTA KINABALU, SABAH – Sawit Kinabalu Group Sdn Bhd membayar dividen RM10 juta kepada Kerajaan Negeri pada majlis berbuka puasa di Shangri-la’s Tanjung Aru Resort and Spa dekat sini pada Jumaat.
Jumlah itu adalah sebahagian daripada dividen RM39 juta yang Sawit Kinabalu bayar kepada Kerajaan Negeri bagi tahun kewangan berakhir 2021…

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan penyampaian bayaran daripada Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Bacho Jansie kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.
Jumlah selebihnya akan dibayar pada Julai ini.
Sementara itu, Ketua Menteri yang juga pengerusi Sawit Kinabalu diiringi Safar dan Bacho menyampaikan sumbangan Sawit Kinabalu berjumlah RM31,000 kepada wakil Masjid Jamek Assalam Kampung Benoni, Papar dan Rumah Anak Yatim HOME Tuaran dan Tahfiz Maahad.
Sebelum majlis berbuka puasa, Hajiji turut mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah Sawit Kinabalu.
More Stories
TAJUDIN SAHKAN ZAHID PAKSA MP BN SOKONG ANWAR IBRAHIM JADI PERDANA MENTERI | Sabah News
BN DIJANGKA MENANG SELESA PRU-15 | Sabah News
Penduduk Kg Loro Kecil Berdepan Pengusiran,Tuntut Penjelasan | Sabah News