July 1, 2022

Malaysia news kini

Malaysia news kini

Pecah Amanah: Bekas Penjawat Awam Serta Kontraktor Ditahan SPRM | Sabah News

Gambar Hiasan…

SANDAKAN, SABAH – Dua individu lelaki masing-masing berusia 37 tahun dan 41 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berhubung kes pecah amanah dan salahguna kuasa membabitkan nilai kontrak kira-kira RM63,000.

Sumber berkata, kesalahan tersebut dipercayai melibatkan sebuah agensi kerajaan Persekutuan di Sandakan yang dilakukan pada tahun 2018 dan 2019.

Menurut sumber tersebut, bekas penjawat awam berusia 37 tahun itu dipercayai menggunakan kedudukannya untuk melantik kontraktor terbabit sebagai pembekal produk berasaskan lebah, haiwan ternakan dan program-program lain dimana syarikat kontraktor tersebut dimiliki oleh saudaranya…

Menurutnya lagi, bekas penjawat awam dan kontraktor terbabit ditahan semasa hadir di pejabat SPRM Sandakan pagi tadi untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Beliau memaklumkan bahawa kedua-dua lelaki tersebut telah dibebaskan atas jaminan SPRM dan dijadualkan untuk dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan pada 21 April 2022.