July 1, 2022

Malaysia news kini

Malaysia news kini

Orang Kurang Siuman Punca Dapur Terbakar | Sabah News

Keadaan dapur rumah mangsa yang terbakar berpunca daripada perbuatan orang kurang siuman yang telah mencabut hos tong gas memasak. – Foto Ihsan Bomba…

SEMPORNA, SABAH – Perbuatan seorang kurang siuman mengakibatkan bahagian dapur di Kg Labuan Senang, Jalan Bugaya sini terbakar.

Bagaimanapun, api sempat dikawal penghuni rumah sebelum ketibaan pasukan Bomba semalam.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 10.54 malam.

“Anggaran lima (5) peratus bahagian tempat memasak di dapur musnah terbakar.

“Pasukan Bomba telah membuat pemeriksaaan di kawasan kebakaran untuk memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain manakala tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Menurut saksi di tempat kejadian, kebakaran berpunca daripada perbuatan orang kurang siuman yang telah mencabut hos tong gas memasak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya suspek berjaya ditangkap oleh pihak Polis di tempat kejadian.

Operasi dilaporkan terkawal pada jam 11.17 malam dan ditamatkan kira-kira 20 minit selepas itu.