KOTA KINABALU, SABAH – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menggambarkan Allahyarhamah Toh Puan Rahimah sebagai seorang wanita yang berbudi pekerti tinggi serta luar biasa.
“Hari ini kita kehilangan seorang wanita yang mempelopori peranan wanita dalam perkhidmatan awam sebagai menteri kabinet wanita Sabah yang pertama di bawah kerajaan Berjaya…
“Bagi pihak keluarga saya, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Toh Puan Rahimah Stephens atas pemergiannya yang mengejut,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Musa berkata Toh Puan seorang yang merendah diri dan baik tetapi tabah walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk kematian tragis suaminya iaitu juga bekas Ketua Menteri Sabah, Allahyarham Tun Fuad Stephens.
“Kekuatan perwatakannya juga dipadankan dengan semangatnya untuk hidup yang dicerminkan oleh cintanya untuk menari yang matang ke usia emasnya…

“Saya mendapat keistimewaan mengenali wanita berkelas ini yang sangat selesa memberitahu saya kebimbangan dan hasratnya untuk Sabah…
“Pada akhir setiap perbualan dia akan berkata, Jaga Sabah, Musa,” beliau berkata.
“Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. Semoga Allah SWT menempatkannya di Jannataul-Firdaus, syurga yang terindah. Al Fatihah,” doanya.
More Stories
Lapan Harga Barang Dikawal Sepanjang Kaamatan | Sabah News
Tetak Kawan Sekampung, Polis Buru Suspek Larikan Diri | Sabah News
KETUA MENTERI MENYAKSIKAN PENYERAHAN LORI UNIT KAUNTER BERGERAK ZAKAT DAN SKUAD BANTUAN MUIS PRIHATIN | Sabah News