May 27, 2022

Malaysia news kini

Malaysia news kini

KHAIRUDDIN UMUM KELUAR PAS SETELAH 33 TAHUN | Sabah News

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali, hari ini (14 Mac) mengumumkan keluar dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) setelah 33 tahun bersama parti berkenaan untuk menjadi ahli politik Bebas.

Beliau tidak dapat memberikan penjelasan kukuh untuk meninggalkan parti, sebaliknya cuma berkata “soalan itu sukar untuk dijawab”.

“Saya sayang PAS…

“Saya akan tetap menyokong PAS dari segi hala tuju dan dasar-dasarnya,” katanya menerusi satu sidang media hari ini di Bangunan Parlimen.

Dalam sidang media itu, beliau berkata telah bertemu Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan awal hari ini untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya.

“Dengan ini, saya Khairuddin Aman Razali, nombor keahlian 313899, telah memohon untuk menamatkan keahlian saya dalam PAS,” katanya.

Setelah 33 tahun bersama PAS, anggota Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali mengumumkan permohonannya berhenti daripada untuk terus menjadi ahli PAS dalam satu sidang media di Bagunan Parlimen hari ini (14 Mac)…

Beliau yang juga bekas Menteri Industri Perladangan dan Komoditi itu telah dipecat sebagai setiausaha Majlis Syura Pas Ulama PAS pada bulan lalu atas isu disiplin.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata akan menyerahkan elaun bulanannya sebagai wakil rakyat kepada PAS sehingga pilihan raya umum akan datang.

“Ia selaras dengan perjanjian (bayʿah) yang ditandatangani dengan parti itu sebelum dipilih sebagai ahli parlimen Kuala Nerus,” katanya.

Khairuddin memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2013 dan mengekalkannya pada 2018.