TOKYO, JEPUN – Pelajar perempuan dilarang menggayakan ikatan rambut ala ‘ponytail’ dan mereka turut dibenarkan untuk memakai seluar dalam berwarna putih sahaja.
Demikian adalah peraturan pelik yang diperkenalkan oleh sebuah sekolah di Jepun kepada pelajarnya.
Menurut laporan akhbar Metro News UK, tinjauan di wilayah Fukuoka pada 2020 mendapati , terdapat 10 sekolah melarang gaya ikat rambut ‘ponytail’.
Alasan yang diberikan pula adalah gaya rambut itu menyerlahkan leher pelajar perempuan yang boleh menimbulkan rangsangan kepada pelajar lelaki.
“Saya selalu mengkritik peraturan ini tetapi kerana terdapat kekurangan bantahan dan ia dianggap sebagai normal dalam kalangan masyarakat, pelajar perempuan tidak mempunyai pilihan selain mematuhinya,” kata seorang guru sekolah, Motoki Sugiyama.
AFP turut melaporkan bahawa peraturan lain yang dikuatkuasakan oleh sekolah-sekolah Jepun adalah menentukan warna stokin, panjang skirt dan juga bentuk kening mereka.
Pelajar juga tidak dibenarkan mewarnakan rambut mereka dan jika ia adalah sesuatu selain daripada hitam atau lurus, mereka mesti membuktikan ia adalah warna atau gaya rambut yang semula jadi.
Pada Jun tahun lalu, sebilangan ibu bapa dan pelajar melobi kerajaan Jepun supaya merombak garis panduan peraturan tersebut di sekolah-sekolah di Jepun tetapi sehingga kini banyak sekolah enggan melakukan sebarang perubahan.
“Banyak sekolah tidak mempedulikan notis (kerajaan) yang tidak mempunyai implikasi undang-undang atau tidak disertakan hukuman sekiranya pihak sekolah melanggarnya,” kata Motoki.
More Stories
Lapan Harga Barang Dikawal Sepanjang Kaamatan | Sabah News
Tetak Kawan Sekampung, Polis Buru Suspek Larikan Diri | Sabah News
KETUA MENTERI MENYAKSIKAN PENYERAHAN LORI UNIT KAUNTER BERGERAK ZAKAT DAN SKUAD BANTUAN MUIS PRIHATIN | Sabah News