May 27, 2022

Malaysia news kini

Malaysia news kini

Tidak Rasmi: BN Menang 31 Kerusi | Sabah News





JOHOR BAHRU, JOHOR – Barisan Nasional (BN) sudah melepasi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 31 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, bersandarkan kepada penjumlahan undi tidak rasmi setakat jam 10 malam ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika mengumumkan perkara itu, berkata jentera parti akan terus menanti keputusan selanjutnya bagi mencapai sasaran majoriti dua pertiga yang ditetapkan untuk menguasai 38 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

Prestasi BN menerusi UMNO dan dua lagi parti komponen, iaitu MIC dan MCA itu hasil usaha tanpa jemu dalam kalangan segenap ahlinya, sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-15.

“Saya ingin umumkan keputusan tidak rasmi bahawa setakat ini BN menguasai 31 kerusi DUN. Tahniah kepada Datuk (Seri) Hasni (Mohammad) selaku Menteri Besar…

“Bagaimanapun, keputusan rasmi akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 15 minit dari sekarang. Insya-Allah,” katanya di ibu pejabat UMNO Johor, di sini, hari ini.

Berdasarkan sistem demokrasi, mana-mana parti atau gabungan yang berjaya memperoleh majoriti mudah iaitu 29 kerusi berupaya membentuk kerajaan negeri sempena Pilihan Raya Negeri (RPN) Johor Ke-15.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, juga MIC memenangi tiga kerusi yang ditandinginya dalam PRN Johor ini, manakala MCA setakat ini turut memenangi empat kerusi.