May 27, 2022

Malaysia news kini

Malaysia news kini

SELEPAS OMICRON EROPAH MULA DISERANG VIRUS DELTACRON | Sabah News

CALIFORNIA – Ketika sebahagian besar dunia mula melihat pandemik sebagai kenangan masa lalu dan bersedia untuk memulakan hidup bersama wabak COVID-19 dalam endemik tanpa kerisauan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran tentang varian Deltacron.

Organisasi itu berkata varian terbaharu itu merangkumi ciri-ciri daripada kedua-dua Delta dan Omicron dan telah mula merebak ke seluruh Eropah termasuk Perancis, Belanda dan Denmark.

Dalam satu taklimat pada Rabu, WHO juga menyatakan bahawa sekurang-kurangnya dua kes telah dikesan di Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, laporan mengenai penemuan mereka akan diterbit dalam masa yang terdekat.

Laporan itu juga datang tepat ketika dunia genap dua tahun mengharungi pandemik itu (11 Mac) iaitu ulang tahun kedua sejak diisytiharkan pandemik oleh WHO.

Portal berita USA Today mendakwa telah melihat penerbitan laporan yang penuh.

Walau bagaimanapun, tidak semua pakar bimbang meskipun WHO telah mengeluarkan amaran serius bahawa varian ini boleh menjadi masalah utama di Eropah dan AS.

“Hakikatnya adalah bukti tidak begitu banyak…malah dua kes yang kita lihat adalah berbeza dan hasil menunjukkan bahawa ianya mungkin tidak akan menjadi satu varian yang membawa kepada tahap yang perlu dibimbangkan.”

Demikian kata Dr William Lee, ketua pegawai sains di Helix, California, sebuah makmal berasaskan yang menyusun sampel COVID-19 untuk Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Beliau dipetik USA Today sebagai berkata keseluruhan kes Deltacron kekal rendah, walaupun di negara-negara di mana beberapa jangkitan dikesan.

“Walaupun masih terlalu awal untuk orang awam mula bimbang, ia berpotensi menjadi ancaman besar yang seterusnya…

“Jumlah kes sedunia telah meningkat sejak varian Omicron memuncak di kebanyakan negara pada Januari.

“AS kini merekodkan 37,524 kes sehari, iaitu penurunan 36 peratus berbanding minggu lalu dan lebih 95 peratus sejak varian itu memuncak pada sekitar 800,000 kes sehari pada pertengahan Januari,” katanya.

Hawaii menjadi negeri ke-50 AS dan yang terakhir untuk menggugurkan mandat pelitup muka minggu ini.

Ini bermakna menjelang akhir bulan ini, tidak satu pun negeri dalam AS diwajibkan menggunakan pelitup muka di semua tempat awam terbuka mahupun tertutup.

Sumber yang sama berkata angka baharu AS hanya menitik berat kes kemasukan ke hospital, dan negara itu telah akur bahawa “jangkitan tidak dapat dielakkan, walaupun dalam kalangan mereka yang divaksinasi”.

“Selagi angka kes baharu tidak memberi tekanan kepada sistem penjagaan kesihatan AS pegawai dan pakar kesihatan tidak bimbang,” katanya.