KULAI, JOHOR – Siasatan berhubung insiden menyimbah cat merah di sebuah bilboard Perikatan Nasoional (PN) yang diletakkan di bulatan Taman Putri di sini, semalam, sedang dijalankan polis.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima aduan kejadian terbabit pada 8 pagi oleh seorang lelaki yang merupakan petugas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi PN.
“Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai ke lokasi kejadian bilboard disimbah cat merah itu yang terletak di hadapan sebuah pasar raya.
“Pihak polis mendapati gambar Pengerusi PN (Tan Sri Muhyiddin Yassain) pada billboard berkenaan disimbah cat merah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Tok, siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh didenda atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
More Stories
Siswa, Siswi Diseru Berjinak-Jinak Dengan Dunia Perniagaan | Sabah News
Pembelian Tepung Mula Dihadkan Di Sabah Susulan Penyusutan Bekalan Gandum | Sabah News
Radicalizing Hindu Majority:Real threat to Muslims across India.