May 27, 2022

Malaysia news kini

Malaysia news kini

PRN JOHOR: BN MENANG BERGAYA PEROLEH KEJAYAAN MAJORITI TAWAN KERUSI DUN JOHOR | Sabah News

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan bergaya selepas berjaya memperoleh kejayaan majoriti dua pertiga iaitu BN berjaya menawan 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, tengah malam tadi.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata jumlah pengundi yang keluar mengundi membabitkan 1.426 juta atau 54.92 peratus.

“Keputusan penuh PRN Johor adalah seperti berikut, Barisan Nasional (BN) 40 kerusi, Pakatan Harapan (PH) 11, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi manakala PKR dan Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pula masing-masing satu kerusi,” katanya pada sidang media di sini, tengah malam tadi.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh…

Sementara itu, perkongsian sama turut menyaksikan Pakatan Harapan (PH) menang 11 kerusi DUN, diikuti Perikatan Nasional (PN) 3; manakala PKR dan MUDA masing-masing satu kerusi.

Perkongsian sama turut menyaksikan seramai 2,597,742 pemilih berdaftar yang mengambil bahagian dalam PRN Johor dengan golongan berusia 21 hingga 29 tahun adalah kumpulan teramai keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Untuk rekod, PRN Johor diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Johor penggal ke-14 daripada Yang Dipertua DUN Johor, Suhaizan Kaiat, pada 23 Januari lalu.

Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN berkuatkuasa 22 Januari yang lalu, bagi memberi laluan kepada PRN diadakan…(Sumber Foto: Fb DYMM Sultan Johor)